Sekiranya kita menilai kepada ucapan bajet 2012 daripada PM hari tu, adakah pengiraan tangga gaji yang baru untuk penjawat awam seperti berikut?
Pengiraan dibuat berdasarkan permulaan gaji dahulu daripada sistem SSM dan khabar angin di internet kenaikan tahunan SBPA
Jadual gaji lama mengikut SSM (DGA29)
Dan mengikut khabar angin di internet.
Jika mengikut kenaikan gaji tahunan (SBPA), gred DGA29 akan menerima kenaikan sebanyak RM160 setahun. dan jika kita mengambil kira gaji permulaan untuk DGA29 mengikut SSM dulu untuk P1T1 ialah RM1405.71 dan jika ditambah kenaikan tahunan sebanyak RM160 adakah jadual baru seperti berikut?
T1 | Kenaikan tahunan | T2 | Kenaikan tahunan | T3 | Kenaikan tahunan | T4 |
RM1405.71 | RM160 | RM1565.71 | RM160 | RM1725.71 | RM160 | RM1885.71 |
T5 | Kenaikan tahunan | T6 | Kenaikan tahunan | T7 | Kenaikan tahunan | T8 |
RM2045.71 | RM160 | RM2205.71 | RM160 | RM2365.71 | RM160 | RM2525.71 |
Sekiranya pegawai tersebut telah bertugas selama 5 tahun. Menurut sistem SSM gajinya adalah P1T5(RM1665.87) dan mengikut sistem baru SBPA gajinya ialah T5(RM2045.71) ini bermakna kenaikan sebanyak RM379.84.
Saya membuat pengiraan sehingga T8 sahaja kerana berdasarkan bajet 2012 hari tu time based adalah 8 tahun dan naik secara terus tanpa menunggu sebarang kekosongan.
No comments:
Post a Comment