Wednesday 17 August 2016

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

Pelancaran minggu anti dadah peringkat sekolah SK Mempagar telah dijalankan pada 15 Ogos 2016.
pelancaran ini telah dilaksanakan oleh PK HEM SK Mempagar iaitu Pn. Norlianah Samuni.



Antara aktiviti minggu anti dadah yang telah dirancang ialah,
Pertandingan mewarna tahap 1
Pertandingan poster Tahap 2
Kerjasama dengan Kelab Doktor Muda






Monday 8 August 2016

Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum

Tahniah diucapkan kepada Unit Ko-Kurikulum SK Mempagar dibawah pengurusan Tn. Hj. Haron Ahmed selaku GPK Ko-Kurikulum
kerana mendapat Anugerah Penglibatan Ko-Kurikulum terbaik daerah Beaufort


ANUGERAH KECEMERLANGAN GURU

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Tahniah kepada Cikgu Idderes M. Hashim kerana menerima Anugerah Guru Kreatif dan Inovatif.
Semoga anugerah dapat memberi perangsang kepada semua guru agar sentiasa berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.
Artikel akhbar Utusan Borneo bertarikh 6 Ogos 2016

Monday 18 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Tarikh: 15 Julai 2016
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Alumni SK Mempagar
Anjuran: Unit HEM SK Mempagar

Sambutan yang yang dirancang bagi meraihkan ketibaan bulan syawal ini merupakan acara tahunan yang sering dijalankan di SK Mempagar. Bagi menyerikan suasana majlis, semua guru dan murid dikehendaki memakai baju raya masing-masing.

Kehadiran murid pada majlis sambutan kali ini agak menggalakkan dengan pelbagai juadah hari raya yang disediakan.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan doa oleh Ustaz Abdullah dan ucapan aluan Tuan Guru Besar Tn. Hj. Tajudin b. Hj. Asari. Beberapa program juga telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini.


Antara program pada majlis sambutan ini ialah pertandingan karaoke raya dan fesyenista raya.

Pertandingan karaoke raya ini telah menerima penyertaan seramai 11 orang murid dari pelbagai peringkat umur.

Manakala pertandingan fesyenista raya pula menerima 35 orang penyertaan.

Berikut ialah keputusan pertandingan yang dijalankan semasa majlis tersebut.

Johan Karaoke Raya

 










Johan Fesyenista Raya (lelaki dan perempuan)